Thursday, 5 December 2013

Mencari yang hakiki


Hakikat kehidupan, tidak selalu indah, apa yang dihajati selalu tidak dapat diperolehi.  Tapi itu tidak menghalang kita mencuba dan terus mencuba.  Pahit getir hidup ini memberi satu persepsi diri yang bernilai, memberi secebis pengalaman, memberi secebis erti kehidupan dan membuat kita sedar inilah yang diberi nama kehidupan.  Gembira, sedih, marah, gelak, tawa, dan tangis mewarnai kehidupan insan brgelar manusia.  Tatkala kita sedih ada gembira datang menceriakan kita.  Tatkala kita gembira ada kesedihan yang kita pendam dalam diam.   Manusia memang sebaik baik kejadian, saling merasai kenikmatan hidup yang dilimpahkan oleh nya.  Terpulang pada kita menjaga nilai dan etika diri, menjadi yang baik atau yang buruk.  Kita yang menentukan hala tuju diri kita.  Usah gentar dengan kegagalan kerana ia lumrah dalam kehidupan seharian, bangkit dan belajar dari sesuatu kegagalan dan berusaha menjadi yang lebih baik.  Usah dipendam keegoan dan kesedihan lalu. Jadikan ia satu kenangan dan pandang kehadapan.  Buka buku baru, dengan misi dan visi yang baru, jadikan ia satu titik tolak kepada kematangan kita.  Memang perit memikirkan apa yang kita hilang. Namun patah tumbuh hilang berganti. Setiap pertemuan pasti diikuti perpisahan yang tidak mampu dihalang.  Lumrah dunia, seperti hidup pasti mati.  Namun setiap pertemuan dan perpisahan pasti disulam pelbagai kenangan.  Indah dan pahit pasti mewarnai sesuatu perhubungan,  apa yang kita rasa sewaktu mula bertemu memang indah seindah syurga menyinari kehidupan. Setiap minit dan saat dirasai begitu indah. Debaran jiwa dan jantung bedetup kencang membuatkan kita tidak tenteram.  Itu lah cinta yang diidamkan oleh insan tidak kira lelaki atau perempuan.  Begitu juga sebuah  perpisahan, timbul perasaan marah kecewa, benci dan sadis menemani setiap hari hari kita.  Mula rasa benci dan keegoan mula menguasai diri tatkala kita ditinggalkan.  Usah sedih, ingatlah setiap awan yang gelap pasti ada sinar yang terang.  Hikmah itu indah dan setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang besar.  Percayalah apa yang telah ditulis, kita tidak akan selalu dapat apa yang dihajati tetapi kita akan diberikan apa yang kita perlu.  Dan yang maha esa itu tahu akan apa yang kita pelukan.  Jangan risau. Berdoa lah agar kita kekal tabah menempuh hari yang mendatang agar kita sentiasa cekal untuk menjadi insan bergelar manusia dan memohon darinya kebahagiaan yang kekal abadi....