Hakikat kehidupan, tidak selalu indah, apa yang dihajati
selalu tidak dapat diperolehi. Tapi itu
tidak menghalang kita mencuba dan terus mencuba. Pahit getir hidup ini memberi satu persepsi
diri yang bernilai, memberi secebis pengalaman, memberi secebis erti kehidupan
dan membuat kita sedar inilah yang diberi nama kehidupan. Gembira, sedih, marah, gelak, tawa, dan
tangis mewarnai kehidupan insan brgelar manusia. Tatkala kita sedih ada gembira datang
menceriakan kita. Tatkala kita gembira
ada kesedihan yang kita pendam dalam diam.
Manusia memang sebaik baik kejadian, saling merasai kenikmatan hidup
yang dilimpahkan oleh nya. Terpulang
pada kita menjaga nilai dan etika diri, menjadi yang baik atau yang buruk. Kita yang menentukan hala tuju diri
kita. Usah gentar dengan kegagalan
kerana ia lumrah dalam kehidupan seharian, bangkit dan belajar dari sesuatu
kegagalan dan berusaha menjadi yang lebih baik.
Usah dipendam keegoan dan kesedihan lalu. Jadikan ia satu kenangan dan pandang
kehadapan. Buka buku baru, dengan misi
dan visi yang baru, jadikan ia satu titik tolak kepada kematangan kita. Memang perit memikirkan apa yang kita hilang.
Namun patah tumbuh hilang berganti. Setiap pertemuan pasti diikuti perpisahan
yang tidak mampu dihalang. Lumrah dunia,
seperti hidup pasti mati. Namun setiap
pertemuan dan perpisahan pasti disulam pelbagai kenangan. Indah dan pahit pasti mewarnai sesuatu
perhubungan, apa yang kita rasa sewaktu
mula bertemu memang indah seindah syurga menyinari kehidupan. Setiap minit dan
saat dirasai begitu indah. Debaran jiwa dan jantung bedetup kencang membuatkan
kita tidak tenteram. Itu lah cinta yang
diidamkan oleh insan tidak kira lelaki atau perempuan. Begitu juga sebuah perpisahan, timbul perasaan marah kecewa,
benci dan sadis menemani setiap hari hari kita.
Mula rasa benci dan keegoan mula menguasai diri tatkala kita
ditinggalkan. Usah sedih, ingatlah
setiap awan yang gelap pasti ada sinar yang terang. Hikmah itu indah dan setiap kejadian yang berlaku
pasti ada hikmah yang besar. Percayalah
apa yang telah ditulis, kita tidak akan selalu dapat apa yang dihajati tetapi
kita akan diberikan apa yang kita perlu.
Dan yang maha esa itu tahu akan apa yang kita pelukan. Jangan risau. Berdoa lah agar kita kekal
tabah menempuh hari yang mendatang agar kita sentiasa cekal untuk menjadi insan
bergelar manusia dan memohon darinya kebahagiaan yang kekal abadi....